Kursus Latihan Pengendali Makanan
19 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Aug 2019 (Ahad), Syarikat Kekal Indah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan di Pusat Internet Ppr Taman Dahlia. Bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai kandungan menarik dan penuh informasi berpandukan modul yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia selama 3 jam. Kursus tersebut akan dibentangkan oleh seorang pelatih pengendali makanan yang telah mengikuti program latihan pengendali makanan anjuran kementerian kesihatan malaysia. Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
Pengenalan
Kebersihan makanan
Keselamatan makanan
Faktor – faktor kritikal keracunan makanan
Peserta akan didedahkan dengan lebih jelas oleh penceramah yang bertauliah berdasarkan 4 seksyen yang dijelaskan di atas. Setelah tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil tamat kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh sekolah latihan pengendali makanan yang menganjurkan kursus tersebut.
Kebaikan Aktiviti :
1. Sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada pengendali makanan yang menghadiri kursus lpm mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
2. memberi latihan kepada pengendali makanan
3. Memberi kesedaran tentang kepentingan kebersihan dalam pengendalian makanan
4. Mengelakkan pencemaran makanan yang menyebabkan penyakit dan keracunan makanan
5. Memberi kefahaman terhadap undang-undang yang berkaitan dengan premis makanan
6. Memastikan premis makanan dapat diurus dengan baik
7. menurunkan risiko kejadian penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: